Search This Blog

Saturday, February 19, 2011

PENULISAN ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran menulis huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Mawar.
Tujuan kajian
Seramai 30 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Responden Kajian
Analisis dibuat melalui ujian pengesanan dan pemerhatian,
Alatan Kajian
jelas menunjukkan murid kurang peka terhadap penggunaan huruf besar.
Dapatan kajian
Kajian difokuskan kepada murid-murid yang kerap menunjukkan masalah dalam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah.
Kajian tindakan
Saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid-murid juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekiranya guru mempelbagaikan kaedah yang menggabungkan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan tindakan

1 comment: